Small Cute Grey Red Outline Pointer
Your IP is :



Skin by Le Vans. xoxo
»Story .__.
Thursday 30 August 2012

Assalamualaikum .Annyeong ^^ Hello :D

Inikah rasanya bahagia ?._. Hari khamis last day sekolah ,aku dapat buat semua soalan percubaan mathematic budak terengganu punya .Bahagianya aku :'D First time ,aku dapat jawab semua and aku bangga dapat buat -.-' LOL ._. aku tak pernah rasa senangnya dapat jawab soalan math tu .Lepas aku dapat jawab soalan math tu aku rasa nak koyak je kertas tu sebab soalan dia senang .

Semalam aku tuisyen and aku dah buat plan dengan membe aku ni .Sebelum raya kitaorang ada class Science and cikgu Science kitaorang marah kitaorang dua je sebab bising dalam class .Then ,start daripada situ kitaorang dah buat plan .Well~kitaorang ni sensitive sikit ._. Membe aku cakap kat aku ,bila habis je cuti raya kita senyap je dalam class .Then ,semalam ada class Science .Kitaorang dua senyap je dalam class ,then cikgu tanya "Asal sume muka stress je ?" Aku dengan membe aku cakap "Mana tak stress .Sume dekat dalam ni sensitive ." Cikgu cakap "Huh ?Tak faham ?" Kitaorang cakap "Cikgu tak payah faham lah ." Aku rasa serba salah pulak buat cikgu macam tu -.-' Sebaiklah dia hensem ._.

What's your comment ?
Hari ni ada music bank .Tak sabarnya nak tengok -.- Sekarang makin lama makin famous lagu Gangnam style .Dah lah semalam cikgu tuisyen aku siap menari lagu tu -.- kelakar gila .Tapi cikgu menari memang sempoi lah .Boleh masuk Youtube .__. And semalam kitaorang ada sambutan penutup Hari Kemerdekaan kat sekolah .Lama lah jugak ,then sume form 3 termasuk aku kena buat huruf 1M .Boleh lah tahan ,jadilah jugak bentuk 1M tu -.-" Tapi best jugak buat benda alah tu .__.
words spilled @ 22:57 / leave goosebumps here

»Sad Day . . .
Monday 27 August 2012

Assalamualaikum ,Annyeong ,Hello :D


*Guys ,please doakan aku supaya PMR aku dapat 8A .Kalau tak dapat 8A pun ,cukuplah untuk membuat ibu bapa aku tersenyum gembira dan hati mereka tidak terluka .

Hmmm~Sad day today . . .Aku menangis kat sekolah tadi ._. semuanya gara-gara Math aku fail .Forever tak suka math !Tapi disebabkan PMR aku kuatkan juga hati aku .Mula-mula aku taknak memangis ,tapi lepas aku ingatkan balik dah banyak masa aku berkorban for PMR .Aku stay dekat sebulan kat sekolah for study .Aku pergi tuisyen lagi .Kat dalam class aku focus buat homework sume tu ,takkan tak cukup lagi ?Then yang lagi sedih ,markah aku 38 sikit je lagi nak 40 .Takkan cikgu takde belas kasihan langsung ?Then ,yang aku tak puas hati sepatutnya aku dapat full mark kat graph tapi dia bagi aku 3 je ?Pastu boleh pulak dia cakap tak payah pertikaikan markah yang saya berikan pada awak .Hello cikgu !memang lah saya pertikaikan .Sebab jawapan yang saya pertikaikan tu betul .Dia boleh pulak cakap graph aku double .Cikgu ,saya tak rabun lagi nak tengok benda alah tu sampai double .Bebudak lelaki dalam class aku pun cakap tu bukan double ,tu line untuk buat line graph .Aku rasa nak menangis je time cakap kat cikgu .Tapi aku tabahkan aku .

Pastu bila aku da duduk kat tempat aku ,aku terus tutup muka kat meja .Then ,tetiba air mata jatuh sendiri .Aku cuba tahan air mata tu dari jatuh ,tapi tak boleh .Aku biar jelah dia mengalir -.- Then ,time ustazah da masuk aku bangun dari tempat duduk mengalir banyak gila airmata aku .Pastu ,kawan aku sedar aku menangis dia cakap At least ,kau ada satu A .Dah jangan nangis ,time PMR mesti kau 8A punya .Time dia cakap macam tu lagilah aku nak nangis :( Pastu ,sume berkerumun kat aku nak tabahkan hati aku .Thanks ,guys .Aku takkan lupakan jasa baik korang :D Okay ,forget about that .Aku akan usaha lebih gigih

Semalam aku dah tengok dah sume video baru ,bukan sume lah .Adalah dalam 2,3 macam tu .Yang selebihnya aku layan cerita Reply 1997 Best gila cerita tu !Serious aku cakap .Tapi aku baru tengok sampai episode 7  .Tapi dalam cerita tu ,serious Inguk sweet gila .Tapi sayang ,Eunji tak pilih dia .Ada ke patut dia pilih abang Inguk ?Inguk dah lah tergila-gilakan dia ,tapi salah Inguk jugak ,sipa suruh tak ngaku yang kau suka Eunji --' Tapi cerita tu memang DAEBAK .Saya syorkan anda tengok cerita tu ._.

Semalam aku dah tengok video SKARF *Macam ni eh ejaan dia ?._. Boleh lah tahan Oh oh . .oh oh oh oh dance . Macam tu eh liric dia ?VIXX 'Rock Ur Body ' pun best jugak .Dasom dalam tu bolehlah tahan lawa .Tapi serious lagu tu best .Aku tengah layan lagu tu .Tak sangka BEAST bagi lagu tu kat VIXX .Lagipun S .Tiger yang reka .Lagu E7 pun best jugak .Lagu EXID yang baru serious best .Pun S.Tiger yang reka .Patutlah hari tu ,aku ada tengok satu gambar ni tapi aku tak sure aku tengok kat mana ._. Yoseob or Junhyung tangkap gambar depan room waiting EXID .Aku rasa BEAST  baik sangat dengan junior dorang .Haritu Hyunseung ada call B1A4 .Aku rasa aku dah terlebih story ,bye :')





words spilled @ 07:28 / leave goosebumps here

»B1APINK
Friday 17 August 2012

Assalamualaikum ,Annyeong~Hello .



Aku makin jatuh cinta dengan B1APINK .Lagi-lagi Jinyoung dengan Chorong aww~ LOL ._. Aku start minat B1APINK since dorang menyanyi dengan menari sesama kat Music Banks .Time tu aku rasa dorang matching sangat .Biarlah haters nak cakap apa pun sebab mulut dorang kita tak boleh nak tutup rite ?Lupa nak wish Baby Gorilla ,sorry :( and Happy Birthday to Mood Maker 'Eunji' tomorrow .Aku wish awal-awal sebab aku taknak miss ._. Aku dah update FanFic Episode 18 - http://thedreamcatcherstory.blogspot.com/2012/08/the-dream-catcher-episode-18.html  Sila Baca :"D Thanks sebab sudi baca FanFic aku and guess what ?Ratings FanFic aku increase ,gomawo :")
words spilled @ 01:35 / leave goosebumps here

»FanFic Update :')
Thursday 16 August 2012

Assalamualaikum ,Annyeong~Hello


Aku baru update FanFic .Sila baca LOL ._. Kay ,thanks :'D

The Dream Catcher Episode 15 - http://thedreamcatcherstory.blogspot.com/2012/08/the-dream-catcher-episode-15.html

The Dream Catcher Episode 16 -http://thedreamcatcherstory.blogspot.com/2012/08/the-dream-cather-episode-16.html

The Dream Catcher Episode 17 - http://thedreamcatcherstory.blogspot.com/2012/08/the-dream-cather-episode-17.html
words spilled @ 08:46 / leave goosebumps here

»Lalalala~
Wednesday 15 August 2012

Assalamualaikum .Annyeong~Hello :D

Lama tak update ,LOL -,- Aku baru habis exam trial .Gila susah ,tapi Alhamdulillah aku dapat mengharungi exam dengan sabar --' And result pun dah keluar ,tapi aku taknak bagitahu .Eh-eh !Dah nak dekat raya lah . Dengan ini saya Nur NurulDiana Binti Shukri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir&Batin .Sekiranya saya terlebih cakap ,tersilap cakap ,tersalah membawa info ,terlebih mengumpat ,harap dimaafkan :) LOL ,over pulak aku =.= Aku tengah otw sambung fanfic ,so korang kena tunggu aku siapkan fanfic .Memang susah gila aku nak fikirkan idea semua tu .Tapi aku tak kisah .Sekarang ni aku makin jatuh cinta dengan BEAST .maybe sebab dorang baru comeback kodd .Btw ,bila korang balik kampung ?Aku maybe hari sabtu ni kodd and aku tak sabar gila .Haha :D Hari ni sepatutnya last day sekolah ,tapi aku tak datang pun sekolah .Alasan aku MALAS ! Lalalala~Lagipun semalam aku dah berpeluk-pelukan dengan member aku semua*bukan semua ;) Kay ,lah aku nak sambung tulis fanfic .Kalau aku dah update aku cakap kat korang .Bye~
words spilled @ 06:14 / leave goosebumps here

»BEAST ;)
Thursday 9 August 2012

Assalamualaikum ,Annyeong !Hello :D


Sedar tak sedar tinggal seminggu lebih je nak puasa .Rasa macam tak sampai sebulan puasa ,pastu dah nak raya .Alahaaii~nak dekat raya means nak dekat PMR .Lepas best-2 raya pastu 2 bulan kena study for PMR -.-' Aku dah lah banyak tak study form 1 and form 2 .Then ,tadi baru habis trial .Agak susah jugak lah .Tapi cikgu cakap trial lagi susah daripada PMR .Tapi ,kalau trial da senang means PMR ?--' Math paper 1 dengan geo bapak susah soalan dia !Serious aku cakap .Time paper 1,bila cikgu cakap tinggal 5 minit jew lagi i was like What the . . . .gila lah !Aku baru soalan no 25 kodd .Pastu ramai budak class aku cakap tak siap lagi sebaik lah cikgu baik tu pun aku taram lagi 15 soalan .Memang tak lah kan nak kira nak formula bagai --' Pastu time geo pulak ,soalan depan boleh lah tahan senang bila pergi kat soalan no berapa entah semua kuar pasal peta .Agaklah ,aku da lah tak hafal peta .Tak boleh lagi senang ke soalan dia .Pastu soalan BM agak susah jugaklah paper 2 ,takde idea aku nak pikir karangan sume tu .Dah lah ringkasan dia punyalah tersirat tersurat sume ada .Yang bahagian B tak silap aku dia suruh tulis karangan tentang langkah-langkah mengatasi sungai cetek .Dia ingat kitaorang ni nak jawab soalan geo bagai pasal sungai -.- Alhamdulillah exam lain aku boleh jawab .Insyaallah ,boleh lulus :) Yeay !Beast dah comeback minggu lepas .Memang AWESOME  lah !Kat music bank memang ramai gila B2UTY :) B2UTY ALWAYS LOVE YOU AND SUPPORT B2ST :) Btw ,chukae for #1 wins at M!Countdown :D kay ,bye xD
words spilled @ 06:29 / leave goosebumps here